Translate

Website Translation

Jumaat, 4 Disember 2009

Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua Ajis pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampung Ajis bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancing hubby dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak Ajis tak sempat solat Zohor tadi & Ajis terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.



tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas hubby berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu roma Ajis tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis , setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk Ajis ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, Ajis nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu roma hubby semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup muka Ajis dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya Ajis terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila Ajis toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan Ajis sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala Ajis rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, Ajis pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.. Hehe..

*p/s Ingatan kpd sume, kalo buat sesuatu tu jgn lupe solat..

3 Pengomen:

Tanpa Nama berkata...

Huhu.. besh2 cite ni..

Burung Hantu berkata...

Buat aku sengih2 msm kerang busuk.

kelakar amat.

Pain sama berkata...

hehe..

Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!