Translate

Website Translation

Khamis, 15 Oktober 2009

Suami Yg Baik.. Hehe

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...



Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Readmore »»

Gambar Sape??

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; “Darling! ada mancis tak?”. Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.

Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? “Bukan” jawab si wanita tu. “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”, “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi. “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!