Translate

Website Translation

Khamis, 19 April 2012

Perbualan Guru dan Murid

satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.



guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.

Melalui perbualan ini terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan, semoga kita menginsafi diri kita.. siapa guru tu sebenarnya? tau? Nama guru tersebut ialah Imam Al-Ghazali. :)

Readmore »»

Selasa, 3 April 2012

Haram Memakan Murtabak Dan Roti Telur

Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.


Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”


Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci.

Waallahu'alam...

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!