Translate

Website Translation

Khamis, 29 Januari 2009

Teka Teki Teka Tekuk!!!

1. Hitam dan berpeluh.. Ha.. Apa dia??

2. Apa benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung-gulung?

3. Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?

4. Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh angkat?



5. Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???

6. Ada seorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia.
Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???

7. 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi kenapa tak basah langsung??

Readmore »»

Rabu, 21 Januari 2009

Kreatif

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab,

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.



"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,

"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

hehehe... mat, mat

Readmore »»

Sabtu, 17 Januari 2009

Benda Paling Keras Di Dunia

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.



Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung…..



Muncul lah lelaki yang pertama,


Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?


Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang palingkeras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,bateri dan kapal terbang.


Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.


Lelaki#1 : Silakan….


Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknyelogam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…
Muncullah lelaki ke-2…..


Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?


Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalamdunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malahdigunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasarlautan.


Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.


Lelaki#2: Silakan…..


Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugakberlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua bendayang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncul lahlelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apapun!


Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?


Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.


Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cubamemegangnya.


Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam pokethamba ini…


Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!


Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteriteragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu. Lelaki ituhanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteriberlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan… Maharaja tanya puterinya


Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?


Puteri: Dapat….


Maharaja: Benda tu cair?


Puteri: Tak….


Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantuBeta!


Lelaki: Hehe….


Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dankenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe…..
BENDA ITU IALAH…… COKLAT M&MCAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA???
HEHE…………

Readmore »»

Isnin, 5 Januari 2009

Fakta yg menggelikan

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Hehe.. Jgn marah..

Readmore »»

Jumaat, 2 Januari 2009

Uji Minda!!!

Ha, kepada kawan2 yg rase hebat tu boleh la try jawab teke-teki ni.... Sure pening la... =p

1. Apakah name Sudirman mase kecik2 dlu

2. Rumah ape yg gunekan banyak air




3. Ape persamaan kain jemuran dengan telefon

4. Last skali, gajah terbang dengan ape...

Hehe... Jawab tau..

Readmore »»

Khamis, 1 Januari 2009

Fakta ROTI CANAI

Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun.

Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanyasekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri.
Faham-faham ajelah... Huhu

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!