Translate

Website Translation

Selasa, 1 Disember 2009

Kisah Benar... PENUNTUT JEPUN...

Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit, Jepun.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan. Di harap kisah ini di jadikan teladan dan sempadan dalam kita menilai baik atau buruk setiap perbuatan dan tindakan kita

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja

yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah. Hendak dipendekkan cerita, Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku. Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri. Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.

Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada. Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap orang la..". Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata. Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.

Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya saja. Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain. Tengok replay cup semalam pun xpe.

p/s: Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius... Hehe

13 Pengomen:

Tanpa Nama berkata...

Huhu.. Mmg kurg aja.. =P

Pain sama berkata...

jgn marah aaa..

Unknown berkata...

budus

SakuraQis berkata...

haha.. klaka punye lawak!
>_<

Unknown berkata...

tak kisah..yang penting pengajaran yang ada dalam citer tu...;)

Pain sama berkata...

Huhu.. Dah leh jd cerite teladan ni.. =P

gadis keyel berkata...

Nyirap gler..bawo nk emo td..truih xjdik..kalo sye jmpe kamo azman,sye tolak kmo kat jln rye cam maciko-san..hahaha

Pain sama berkata...

Huhu.. Boleh ke cmtu? Rasenye banyk Azman kat dunie ni.. Tkt x larat lak nak tolak sume Azman.. =P

s.a.y.a.s.i.t.i.") berkata...

ngoks btolla...huh...

Unknown berkata...

ekkeke maciko san=makcik ku sayang
ehheh

Pain sama berkata...

Wah.. parkbhuthe bleh ckp jepon la.. huhu

YusriZakaria berkata...

lahabau punya lawak...

PanjiSemarang berkata...

aku pon tekena ka..wadoi

Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!