Translate

Website Translation

Ahad, 9 November 2008

oh isteri

oh isteri..
Dikhabarkan ada seorang suami yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini.

pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot. .pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:"siapa kau?"jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga..""kenapa?" tanya si suami..jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."

0 Pengomen:

Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!