Translate

Website Translation

Isnin, 30 November 2009

Ucapan yang Mempengaruhi Sejarah

Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".



Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"

Readmore »»

fakta pelik & menarik

* Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


* Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


* Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.




* Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


* Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


* Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


* Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


* Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


* Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


* Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Readmore »»

Rabu, 25 November 2009

Fakta Sains 2

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan.
America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .



5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan
menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Readmore »»

fakta menarik tentang mati

1. sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.
2. kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal!
3. apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!
4. sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
5. lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


6. mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Sau lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.
7. pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.
8. masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu mereka akan mencukur kening apabila kucing peliharaan mereka mati

Readmore »»

Ahad, 22 November 2009

Motor Harley Davidson

Pada suatu petang, dua orang pemuda sedang bersiar-siar menaiki kereta. Tiba-tiba seorang penunggang motor Harley Davidson memotong kereta mereka sambil menjerit " Woi!! Korg pernah ke bawak motor harley Davidson??". Selesai berkata-kata, dia terus meluncur dengan laju meninggalkan kereta pemuda itu jauh di belakang. " Ceh berlagak betul mamat tu! Jom kejar dia.. ", marah si pemuda A. "Jom!", balas pemuda B.. Lalu mereka pun memecut untuk mengejar pemuda bermotor yang berlagak tadi.. Tiadk sampai lima minit, mereka pun bertemu semula dengan penunggang motor tadi. Baru saja kereta mereka menyaingi motor tersebut, penunggang motor tersebut mengulangi ayat tadi sekali lagi, "woi!! Korang pernah ke naik motor Harley Davidson??". Selepas itu, motor tersebut terus meluncur laju sekali lagi meninggalkan kereta pemuda itu.


"Berlagaknya!! Takpe, aku harap dia accident la kat depan same tu.. " kata pemuda B dengan marah sekali.. Kurang dari dua minit setengah perjalanan, mereka ternampak motor Harley Davidson tadi terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Maka dua orang pemuda tadi pun memberhentikan kereta mereka untuk membantu pemuda bermotor itu. Ketika mereka sedang membantu, tiba-tiba penunggang motor tadi bertanya, "Korang pernah ke bawak motor Harley Davidson?".

"Hoi! Yang ko ni belagak sangat kenapa ha? Dah jatuh pun nak eksen lagi!!", marah pemuda B. "Kenapa awak cakap macam tu? Saya cuma nak tau kalau kalau awak pernah bawak motor Harley Davidson, boleh la bagi tau saya kat mane breknye.. ", kata pemuda bermotor itu td..

Readmore »»

Khamis, 19 November 2009

1st Time

Satu mayat orang tua dikeluarkan dari bilik ais untuk di kebumikan. setelah di keluarkan ada air mengalir dimuka orang tua tersebut. dengan rasa ketakutan cucunya memanggil neneknya lalu berkata:

CUCU : NEK, MUKA ATUK KELUAR PELUH!!!!????

NENEK : OOOOooo..., ATUK KAMU FIRST TIME MENINGGAL MESTILAH DIA NERVOUS CIKIT...


Readmore »»

Teksi

Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-hari ketempat kerja.

Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia melibatkan belanja yang tinggi.

Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi. Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik apa, jalan kaki?

Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada affair pulak dengan dia.



Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke awak yang hantar saya hari-hari?

hahaha

Readmore »»

Jumaat, 13 November 2009

New Teka teki!!

Nice teka teki.. Kalo teror, cube la jwb.. hehe
1. Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tapi xleh duduk..
2. Lima pasang stokin direndam dalam laut merah. Setiap pasang stokin tu warna putih
pekat, biru, ungu, merah dan kelabu cair. Apakah yang terjadi pada stokin-stokin
itu..
3. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apekah yang bile dipanaskan dia akan beku?
4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih ape yg org makan tepinya saja...
5. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian pusing ke kiri 270 darjah, ke arah mana lembu itu menghadap sekang?



Selamat menjawab.. Nantikan jawapannye.. hehe

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!