Translate

Website Translation

Selasa, 14 Jun 2011

Jom bunuh syaitan!

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.


Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Readmore »»

Ahad, 12 Jun 2011

Burung Kakak Tua...

Di sebuah kedai haiwan peliharaan, ada tiga ekor burung kakak tua yang menjadi perhatian.
Anehnya harga yang diletakkan oleh Tauke itu menjadi tanda tanya bagi pelanggan serta pengunjung yang datang ke kedainya...

Pelanggan: Kenapa harga yang di berikan tak sama bagi tiga burung nie..???

Tauke: Ohh..Burung kakaktua yang warna biru ni pandai bercakap...
jadi saya letakkan harga RM 150..

Pelanggan: Ohh..

Tauke: Yang warna kuning ni pula pandai bercakap, menyanyi dan menari...
jadi saya letakkan harganya RM 1000..



Pelanggan: Wahh..Mahalnye...Tapi kenapa yang putih nie mahal sangat...
dah lah hodoh, bulu pon tak menarik..kusut je..
tapi awak letak sampai RM 10'000..???

Tauke: Hrmm...Sebenarnya saya pon tak tahu apa bakat atau kebolehan
burung kakaktua yang putih nie..
Tapi yang saya tahu kedua-dua burung yang warna biru dan kuning
akan memandang yang putih nie dan akan menyapa.."BOSS.."
Jadi mestilah dia yang hebat dan harganya mestilah mahal..!!!

Readmore »»

Sabtu, 11 Jun 2011

Pernahkah korang terfikir?????

Pernah tak korang terfikir satu benda??...

Korang slalu nk improvekan level dalam hidup korang for example :

nk improvekan ilmu dalam dada supaya lg bnyk,

nk improvekan career tuk future yg lg bagus,

nk improvekan family supaya lg besar

nk improvekan business supaya lg maju..

Tetapi pernahkah korang terfikir untuk improvekan SOLAT korang supaya lg kusyuk n yg pling penting diterima Allah SWT untuk bekalan akhirat nanti kerana kita tahu yg solat adalah tiang agama, betulkan solat kita InsyaAllah amalan lain yg menyusur akan turut menjadi betul.



Tetapi bagaimanakah kita nak improvekan solat kita ni supaya lg bgs.?? Sy penah bertanyakan soalan ini kepada ustaz saya dalu dan step pertama untuk memperbaiki solat kita ialah mengetahui maksud ayat-ayat yg di baca dalam solat. Mungkin untuk permulaan kita cuba memahami maksud ayt al-fatihah terlebih dahulu memandangkan inilah surah yg penting yg selalu di baca dalam solat.

Di bawah ini saya sertakn terjemahan al-fatihah untuk berkongsi dengan semua..selamat beramal.

“Hindari maksiat improvekan amalan”

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat )

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang menguasai di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!