Translate

Website Translation

Khamis, 29 Julai 2010

Anak sape la ni????

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..


Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?. Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana? taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Readmore »»

Fakta yg mungkin anda x penah dengar

fakta-fakta yang jarang-jarang korang dengar

1)bom nuclear yang meletup di hiroshima dan nagasaki diberi nama 'fat man' dan 'little boy'.

2)bom terkuat di dunia ,bom hidrogen yang diletupkan di Socorro, New Mexico, diberi nama 'trinity'.namun ianya diharamkan penggunaannya sejurus selepas mereka selesai meletupkannya.

3)batu @ galian yang menyerap radiasi bom 'Trinity' dinamakan 'Tritenite'

4)mata yang anda lihat pada watak kartun@anime jepun sebenarnya berasal dari mata ikan.

5)gelaran 'TUN' adalah gelaran yang paling tinggi sekali justeru ianya tidak boleh dikurniakan kepada lebih dari 25 penerima yang masih hidup.


6)TUN Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn adalah antara penuntut silat seni gayong yang paling dikenali ramai.

7)kebanyakkan barangan global dihasilkan di malaysia. Antaranya adalah chip Intel Pentium (ya..yang ada dalam komputer dan laptop anda tue...).

8)ramai yang mengatakan album siti nurhaliza adalah yang paling laris di malaysia tapi kumpulan nashid Raihan adalah pemegang rekod sebenar bagi album terlaris di malaysia dengan jualan 700,000 unit album 'Puji-Pujian'

9)restoren mcdonald's adalah pembekal mainan paling banyak di dunia.

10)cuba teka binatang apakah yang paling berbahaya di dunia..singa?,gajah?,ular?,jerung?,.semuanya salah.jawapan sebenarnya adalah lalat.(yer lalat yang selalu hinggap kat makanan korang tue) kerana lalat selalu hinggap dekat 'buangan' haiwan lain dan menyebarkan lebih banyak penyakit berbanding binatang lain.

11)super glue sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja.saintis sebenarnya mahu mencipta bahan yang menyalut bahan optic (seperti contact lenses) dengan meletakkan super glue antara dua prism dan menghalakan lampu padanya.namun apabila saintis itu cuba mengasingkan kedua-dua prism tersebut ia tidak dapat dipisahkan (mujurlah dia tak teruskan ujikaji nie kalau tidak hancus mate pengguna contact lenses iyer??)

12)ramai orang setuju yang sebenarnya beruk lebih kacak dari manusia.anda tidak percaya?cuba anda tanya pada seseorang 'antara aku dengan beruk mane satu lebih kacak?'
(jika ada antara mereka jawap 'anda',mereka adalah antara orang yang paling baik hati.hehehe)

Readmore »»

Isnin, 12 Julai 2010

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.



(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Readmore »»

Rabu, 7 Julai 2010

ROMANCE OF MATHEMATICS

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________

OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________

SHOPPING MATH

A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.


_____________________________

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
_____________________________

HAPPINESS

To be happy with a man, you must understand her a lot and love her a little.
To be happy with a woman, you must love him a lot and not try to understand him at all.
______________________________

LONGEVITY

Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
______________________________

PROPENSITY TO CHANGE

A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
_____________________________

DISCUSSION TECHNIQUE

A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
_____________________________

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next.." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.

Readmore »»

Jumaat, 2 Julai 2010

Pasaipa mamak tak main bola?

Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.


Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Salam Corner, macam Sahul Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!