Translate

Website Translation

Ahad, 14 Februari 2010

Kisah Benar Dari Lorong Haji Taib

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar
insan..Insan? ??

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan.. Takdirkah
yang
perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang?
seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali
itulah
jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku
ditempatkan di
suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey


Leong..yaaaa.. aku masih ingat nama itu.. dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg
dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku
ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah
meninggalkan kawan2
yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati
padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna
mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.
Joe membawa aku berjalan2 menyusuri kaki lima ibu kota dengan
riang..sungguh
indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya
jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan.. tanpa
perlu
menjadi hamba kepada sesiapa..

Tiba2 Joe berhenti..melabuhka n punggung sambil tersenyum, menyeringai
seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan- lahan
Joe
menyentuh tubuhku..dilurut- lurutnya berkali-kali. .aku rimas
diperlakukan
begini, namun apakan
daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa
itu
menguliti sekujur tubuhku.
Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali- kali..terasa sekujur tubuhku
membahang..menjalar hingga ke bahagian puting...uhhh! !
TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku
semakin
longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati
binatang!!!syaitan! !! bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh
monggelku..apakah
dia sudah sedar akan perbuatannya? ?apakah dia kini
menyesal?..Syukurla h jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan
simpati
dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi
seketika..Joe
senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam ditangan
direnunginya. ..

Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan
begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki
itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah
dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg
lain?..Jack, Poie dan sigemuk itu..Agi? Roy membisikkan sesuatu
pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy.
Perkara
terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku
berpindah, aku dikucup..diisap. .diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak
mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.
Tubuhku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya,setelah mereka puas
memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan
lebih
hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu
kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan? itu
tak
mungkin akan mengerti..Kini. .tinggallah aku
sendirian..menangis ..merintih! !
mengenangkan nasib hidupku. Ya..inilah nasib hidupku!!!!! !!!!!

Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK?

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)
Khusyuk nampak membaca.... =p

Readmore »»

Ubat selsema Original & yang tak Original

Pada miggu lepas aku telah dijangkiti virus selsema (bukan H1N1). Aku telah pergi ke sebuah farmasi untuk membeli ubat.

Aku: Assalamualaikum, ubat selsema ada tak?
Jurujual Farmasi: Hidung berair ke berhingus?
Aku: Nak yang pil!!
(Dengan selamba jer aku jawab. Silap dengar…ingat dia tanya nak yang cecair..tu ler sapa suruh cakap pelahan sangat) :D

Jurujual Farmasi: Saya tanya untuk hidung berair ke atau berhingus?
Aku: OoO..untuk hidung berair.

Aku: Berapa harga ubat selsema tu?

Sambil mencari ubat selsema di dalam almari…


Jurujual Farmasi: Satu biji RM1.20

Terfikir juga aku…uish mahalnya. Biasanya aku beli kat klinik Nabilah dalam RM2.00 jer satu papan. Aku bayangkan mesti ubat tu sebesar Panadol Soluble. Atau mungkin lebih besar lagi…kerana Panadol Soluble yang sebesar itu pun harganya baru RM0.60

Jurujual Farmasi: Nah!! ambil ni… sebiji RM1.20, 10 biji RM12.

Aku belek-belek sekejap sambil mulut tercengang..ingatkan dia nak bergurau. Tapi muka dia nampak cam serius jer.

Aku: Betul ke harga ubat ni RM1.20 sebiji.
Jurujual Farmasi: Yer betul.

Aku ternganga..terus tercengang. Aku rasa kalau anda sendiri yang beli pun mesti tercengang juga. Yerlah…ubatnya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan biji kuaci. Nasib baik besar sikit daripada Pil Chi Kit Teck Aun.

Aku: Biar betul RM12 sepapan..Kenapa mahal sangat?
Jurujual Farmasi: Ubat selsema ni yang Ori. Pasal tu mahal. Ke nak yang tak Ori? Yang tak Ori ada… RM2 jer sepapan.

Aku: Ada juga yang Ori dengan yang tak Ori ek? Baru kali pertama nie dengar. Apa bezanya?
Jurujual Farmasi: Ubat yang Ori ialah ubat yang diimport. Yang tak Ori tu buatan tempatan jer..

Aku: Mana satu yang lebih power?
Jurujual Farmasi: Rasanya sama jer kesan dia.

Aku terus ambil yang RM2 tu dah terus buat pembayaran.

Readmore »»

Jumaat, 5 Februari 2010

Upgrade Boyfriend 5.0 to Husband 1.0

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the
overall performance, particularly in the flower and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as EPL 5.0, NBA 3.0 and ESPN 2.0. And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these
problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate



-------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate,

First keep in mind; Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Food 3.0 and Lingerie 6.9.


Good Luck,
IT Support

Readmore »»

Mari Belajar Bahase Jepun

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA



08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

Readmore »»

Jumaat, 8 Januari 2010

BERAPA TINGGI IQ ANDA???

CUBA selesaikan teka-teki berikut berikut menggunakan apa sahaja kaedah yang anda fikirkan terbaik.

1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal dari negeri yang berlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah



A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.

Soalannya: Siapa yang membela ikan?

Keliru? Tidak faham ? Pening? Pasti ada antara kita yang ketika ini mencongak dan membayang untuk mencari jawapan teka-teki berkenaan. Mungkin ada juga yang mula melakar dia atas kertas untuk mencari jawapannya ataupun berbincang dengan teman.

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini tidak penting, tetapi cara dan kaedah penyelesaiannya adalah yang utama.

Teka-teki berkenaan dicipta oleh saintis terkenal Albert Einstein yang mendakwa, 98 peratus penduduk di dunia ini tidak dapat menjawabnya dengan tepat.

Einstein terkenal kerana mengemukakan teori “Kesetaraan jisim-tenaga” (mass–energy equivalence formula) iaitu atau e=mc ².

Pun begitu artikel ini bukan mahu mengajak pembaca mengagung-agungkan Einstein, atau menyentuh mengenai teorinya, tetapi sekadar memberi contoh semata-mata.

Ada yang beranggapan ia memerlukan seseorang yang mempunyai IQ (Intelligent Quotient) tinggi untuk menjawab teka teki tersebut. Justeru, berapa tinggikah IQ anda? 180, 170, 160 atau kurang daripada itu...

Umum beranggapan, sekiranya kita memiliki IQ tinggi, maka kita dikategorikan sebagai bijak pandai. Jadi, bijaksanakah Einstein? IQ lelaki kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak diketahui kerana dia tidak pernah mengambil ujian bagi menentukan jumlahnya, walaupun ada yang mendakwa ia hanya 140 sahaja.

Setiap manusia, apabila berdepan dengan permasalahan seperti teka-teki di atas, akan cuba menyelesaikannya menggunakan pelbagai kaedah, tidak kira sama ada akan berjaya ataupun tidak. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu permasalahan itu diselesaikan, kecerdasan minda, dan jumlah IQ mereka.

Sewaktu di sekolah dahulu, bagi mereka yang tidak gemar kepada matematik, pasti merungut jika belajar mengenai Algebra, Pengkamiran (Integration) atau Pembezaan (Differentiation).

"Buat apa belajar semua ini, bukan kita guna dalam hidup." Itu antara rungutan yang sering kedengaran semasa belajar topik berkenaan.

Benar, kita tidak akan menggunakannya untuk makan, bersiar-siar, membeli belah, menonton televisyen dan sebagainya. Namun tanpa kita sedar, pembelajaran dan aplikasi subjek-subjek tersebut sebenarnya menajamkan kecerdasan otak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES THEORY)

Ujian IQ dan ujian-ujian berhubung kecerdasan manusia sebenarnya dibangunkan oleh seorang ahli psikologi dari Paris, Perancis, Alfred Binet pada tahun 1905.

Namun demikian, kajian yang memberi kesan mendalam terhadap pemahaman kita tentang tahap kecerdasan manusia ialah yang dijalankan oleh profesor di Universiti Harvard, Britain, Howard Gardner.

Menurut Gardner, ujian IQ hanya akan mengukur kemahiran berbahasa dan matematik seseorang, namun kemahiran lain seperti bermain muzik, pengamatan dan sebagainya tidak diambil kira.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan sekolah-sekolah dan institusi pengajian di Barat yang terlalu mementingkan ujian IQ pada pelajar mereka. Malah menurut Gardner, ia akan hanya membantutkan masa depan pelajar kerana nasihat dan pemilihan kerjaya pelajar juga dibuat berdasarkan IQ mereka.

Sementara itu, jelas Gardner, terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak. Kemahiran yang dikenal pasti oleh beliau ialah lapan jenis kecerdasan manusia yang terdiri daripada:

(i) Linguistik / Bahasa

Berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas kemahiran linguistiknya kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara berkesan.

(ii) Logik/ Matematik

Melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat terutamanya statistik atau nombor.

(iii) Visual/ Spatial (Ruang)

Menyentuh tentang keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar atau rajah.

(iv) Pergerakan Badan / Kinestetik

Melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.

(v) Muzikal / Irama

Keupayaan mencipta muzik, rentak atau irama tertentu.

(vi) Pemahaman Alam

Melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.

(vii) Emosional (Luaran)

Melibatkan kebolehan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain serta bagaimana berinteraksi dengan orang ramai.

(viii) Emosional (Dalaman)

Keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan tersebut bagi meningkatkan potensi diri. Justeru, setiap individu dinilai mengikut kebolehan dan keupayaan tertentu, dan bukannya berdasarkan IQ semata-mata.

Namun demikian, berbanding kajian Gardner ini, ujian IQ lebih banyak digunakan di seluruh dunia dan diterima ramai termasuk di negara ini.

Antara contoh aplikasinya ialah ketika menentukan calon yang diterima masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sains.

Contoh skala IQ yang biasanya diguna pakai adalah seperti yang berikut:

MATA IQ:
173 dan ke atas
KEBOLEHAN:
IQ sangat tinggi, tumpuan sangat dalam mengenai sesuatu hal

MATA IQ:
160-175
KEBOLEHAN:
Mata IQ yang istimewa

MATA IQ:
145-159
KEBOLEHAN:
Individu yang sangat berkebolehan

MATA IQ:
130-144
KEBOLEHAN:
Minda individu yang lebih daripada orang kebanyakan

MATA IQ:
115-129
KEBOLEHAN:
Bijak

MATA IQ:
80-114
KEBOLEHAN:
Individu biasa, orang kebanyakan

MATA IQ:
79 dan ke bawah
KEBOLEHAN:
IQ di bawah paras kebanyakan


MENSA

Di Malaysia, mereka yang mempunyai IQ tinggi dijemput menganggotai Mensa. Ia merupakan sebuah pertubuhan bebas yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi. Ia terdapat di seluruh dunia dan bukan hanya di negara ini.

Oleh kerana syarat yang ketat, hanya dua peratus penduduk sahaja layak menjadi ahli Mensa.

Untuk menjadi ahli pertubuhan ini, mereka harus mengambil Ujian Kemasukan Mensa atau “Mensa Admission Test” (MAT), dengan markah lulus tidak kurang 148 mata.

Jangan bimbang kerana ujian tersebut tidak memerlukan anda mempunyai kemahiran matematik tinggi atau pengetahuan am yang luas, sebaliknya hanya logik pemikiran. Dalam MAT, anda akan diuji dengan Raven´s Advanced Progressive Matrices untuk menentukan tahap kemampuan IQ anda.

Soalan-soalannya tidak mengandungi bahasa yang berbelit-belit atau nombor-nombor kompleks, hanya gambar-gambar semata-mata.

Setiap soalan terdiri daripada lapan urutan gambar yang disusun dalam tiga baris dan lajur. Gambar terakhir (kanan, bawah) akan dibiarkan kosong untuk anda mencari jawapannya.

Hanya ada satu jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang diberi. Calon diberi masa 40 minit untuk menyelesaikan 36 soalan yang disediakan. Markah penuh bagi ujian ini ialah 180.

Calon dinasihatkan untuk menyelesaikan soalan secara berurutan, iaitu bermula daripada yang pertama dan berakhir di ke 36. Sebaiknya jangan bermula daripada yang ke 36 kerana soalan yang pertama adalah yang paling mudah dan ke 36 adalah paling sukar.

Apa yang perlu dibawa semasa mahu menduduki ujian ini ialah kad pengenalan dan wang tunai RM35.00 sebagai bayaran pemprosesan.

Ujian akan diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Dataran Glomac, Jalan SS 6/20, 47301 Petaling Jaya.

Keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh dua minggu apabila ia dihantar kepada calon.

Mensa membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.

Di negara-negara maju, rekod usia paling muda menyertai Mensa ialah seawal usia dua tahun, manakala yang tertua ialah 104 tahun. Selamat mencuba...

Nota: Jawapan kepada teka-teki ialah lelaki Jerman.

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!