Pada miggu lepas aku telah dijangkiti virus selsema (bukan H1N1). Aku telah pergi ke sebuah farmasi untuk membeli ubat.
Aku: Assalamualaikum, ubat selsema ada tak?
Jurujual Farmasi: Hidung berair ke berhingus?
Aku: Nak yang pil!!
(Dengan selamba jer aku jawab. Silap dengar…ingat dia tanya nak yang cecair..tu ler sapa suruh cakap pelahan sangat) :D
Jurujual Farmasi: Saya tanya untuk hidung berair ke atau berhingus?
Aku: OoO..untuk hidung berair.
Aku: Berapa harga ubat selsema tu?
Sambil mencari ubat selsema di dalam almari…
Jurujual Farmasi: Satu biji RM1.20
Terfikir juga aku…uish mahalnya. Biasanya aku beli kat klinik Nabilah dalam RM2.00 jer satu papan. Aku bayangkan mesti ubat tu sebesar Panadol Soluble. Atau mungkin lebih besar lagi…kerana Panadol Soluble yang sebesar itu pun harganya baru RM0.60
Jurujual Farmasi: Nah!! ambil ni… sebiji RM1.20, 10 biji RM12.
Aku belek-belek sekejap sambil mulut tercengang..ingatkan dia nak bergurau. Tapi muka dia nampak cam serius jer.
Aku: Betul ke harga ubat ni RM1.20 sebiji.
Jurujual Farmasi: Yer betul.
Aku ternganga..terus tercengang. Aku rasa kalau anda sendiri yang beli pun mesti tercengang juga. Yerlah…ubatnya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan biji kuaci. Nasib baik besar sikit daripada Pil Chi Kit Teck Aun.
Aku: Biar betul RM12 sepapan..Kenapa mahal sangat?
Jurujual Farmasi: Ubat selsema ni yang Ori. Pasal tu mahal. Ke nak yang tak Ori? Yang tak Ori ada… RM2 jer sepapan.
Aku: Ada juga yang Ori dengan yang tak Ori ek? Baru kali pertama nie dengar. Apa bezanya?
Jurujual Farmasi: Ubat yang Ori ialah ubat yang diimport. Yang tak Ori tu buatan tempatan jer..
Aku: Mana satu yang lebih power?
Jurujual Farmasi: Rasanya sama jer kesan dia.
Aku terus ambil yang RM2 tu dah terus buat pembayaran.
3 Pengomen:
ahah. normal lah tu.
asal yg buatan tempatan je, orang fikir tak bagus. Ceh~
heheheh mangam sungguh...aku tetiap minggu bli ubat sesema
rm2 sepapan
Tetiap minggu?? Bia btol?? Huhu.. Neway, sokongla barangan tempatan.. hehe
Catat Ulasan