Translate

Website Translation

Selasa, 3 April 2012

Haram Memakan Murtabak Dan Roti Telur

Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.


Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”


Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci.

Waallahu'alam...

17 Pengomen:

Ryie Eyna berkata...

Kebersihan itu penting....

daenong berkata...

aduu..faham ckit la..hm

Tanpa Nama berkata...

tapi jangan lah sampai cakap makan murtabak dan roti telur itu haram...bukan semua penebar tidak membasuh telur ayam tersebut...

Nobita berkata...

owh~begitu

shahira sweet berkata...

Tak faham lh.....???

Tanpa Nama berkata...

Paham boss >_<

Tanpa Nama berkata...

Ayat tu mau jelas betul2..lapar semcam je balun...

Unknown berkata...

Telur 2 bkan haram tapy kotor..haram n kotor x bleh bezakan ke!..lagy 1 ni blog lawak!!!

Tanpa Nama berkata...

lawak bodoh..bgs tukar nama blog..blog ni x lawak langsung.

Tanpa Nama berkata...

um..paham'2..

Tanpa Nama berkata...

x lawak???
ok...tp bnyak pngajaran!!

Tanpa Nama berkata...

jadi,,haram kan lah telor itu dpasaran,,,apa punya dunia

Tanpa Nama berkata...

Woi woi woi pasai teloq pun ampa nk gado...!! Stg dua dua aq sumbat dngan teloq aq...hehe

Tanpa Nama berkata...

Haha... korang kecoh kecoh kenapa? Klau nak telur yang halal mai amik telur burung aku Ni. Gred a punya

Tanpa Nama berkata...

Suko hati dio eh nok kecek gapo dio pun kito tok payoh nok kesoh hal dio.kito pehe bab aye ni yo ke binate. Minto maah kalu hok sapo2 ado kecik hati ko dgn ayat kito. Minto maah sekali lagi wehhhh..... assalamualaikum....

Tanpa Nama berkata...

Memang lawak bodoh,ni lucu ke pengajaran,kalau nak buat pengajaran buatlah kat masjid.bangsa diri sendiri buang anak, merogol sana sini.buat sial nak ajar org lain.

Unknown berkata...

Bagus cite ni.............tapi ni blog lawak...

Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!