Translate

Website Translation

Jumaat, 18 November 2011

Lawak Tandas

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli.
Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas, aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,


“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas itu suara tadi bertanya lagi, “Bila kau nak gerak??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Dalam ati aku berkata2.. mcm mana org sebelah ni boleh kenal aku.. siapa dia ni sebenarnya.. baru jer aku nak bertanya... Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap dan jgn bercakap masa berak... hehehe

Readmore »»

Rabu, 16 November 2011

Lawak Askar dan Orang Asli

dipendekkan cerita...

Ditepi sebatang sungai, ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya.. datang la seorang Askar yang kelaparan dan mahu menangkap ikan di dalam sungai tersebut.

askar itu pun kemudiannya menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu

..Yer la kan..Kena la minta izin dulu..Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???


Belum sempat askar itu nak tanya soalan yang ke-2,orang asli itu menjawab dengan slumber..

Orang asli : Entahlah..kalau encik nak tahu pergi la turun kira...
Kuikuikui Kuikuikui Kuikuikui

Readmore »»

Selasa, 15 November 2011

Lawak Burger

Apa itu Burger ???

Soalan: Siapa yg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

Readmore »»

Isnin, 14 November 2011

Lawak Antivirus Trial Version



























Haha... Kesimpulannye gunelah antivirus yang fullversion punye... Hehe

Readmore »»

Khamis, 13 Oktober 2011

Ubat Cacing???

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.



"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!