Translate

Website Translation

Selasa, 7 Disember 2010

Fakta Tentang Kentut

Apakah jenis kentut anda?
ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada
yang tahu.


ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila
tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau
harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan
baunya ke ranjang orang
lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu
merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan
ketawa terbahak-bahak biar
orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas
untuk mengantikan
kentutnya
yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-
sikit, sampai bunyi
"tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai
bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga
dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..."

Readmore »»

Wanita bertudung VS Freehair

Mungkin ramai yg mengangap isu ini merupakan isu rapuk yg agak remeh yg tidak perlu di bangkitkan. Akan tetapi dri sudut pandangan 270 darjah celcius aku melihat isu ini merupakan isu yg sangat penting memandangkan ianya berkaitan dengan diri sesorang dan agama.

Bagi lelaki mana satu pilihan anda…wanita bertudung @ freehair??
Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat seperti ini =>

1. Ala lau bertudung pun belum tentu baik lg
2. Sapa cakap pmpn bertudung lg baik dr pmpn freehair?skrg ni rmi pmpn freehair yg lg baik dari bertudung
3. Pakai je tudung tp perangai belum tentu lg baik xyah pkai wat malu je
4. Aku pakai ke tak bukannya de kaitan ngn spe2 pun
5. Rilex la skrg dunia da maju. Kita perlu ikut arus dunia
6. Eh suka hati aku la nak pakai ke tak..yg kau sibuk tu apasal.
7. Eleh pki je tudung tp baju ketat gak baik xyah pkai
8. ….Dan bnyk lagi ayat-ayat yg biasa kita dgr…..


Persoalannya disini buknalah sape baik or jahat. Masalah utama ialah agama yakni aurat. Bayangkan setiap saat setiap detik dosa yg kita dapat akibat mendedahkan aurat. Ianya seperti pelaburan ber-interest sepanjang hayat.
Bayangkan setiap saat kita mendedahkan rambut kita kepada umum Allah charge-kan 1sen dosa setiap minit

1min = 1sen, 60min = 60sen, 24jam = RM14.40, 7hari = Rm100.80, sebulan = Rm403.20, setahun = Rm4838.20

Setahun dosa kita ibarat berharga Rm4838.20 itukan jika tuhan chargekn 1sen tuk 1min. Baynagkan betapa bnyknya nilai dosa kita hanya untuk satu dosa. Itu belum lg di tambahkan dengan dosa-dosa yang lain. Pengiraan di atas hanyalah contoh semata-mata dan ianya tiada kaitan dengan apa-apa pun.
Memanglah sekarang ini ramai org pmpuan yg freehair yg berperangai elok dan baik tp soal hati ini adalah antara dia dgn Allah tetapi apabila ia mendedahkan aurat ianya antara manusia dgn manusia. Kerana org sekeliling akn terkena effectnya dri perbuatan yg dilakukannya.
Pernahkah anda mengira pahala dan dosa yg anda lakukan setiap hari? Dosa yang kita lakukan setiap hari ckup banyk tetapi pahala hanya harapkan solat lima waktu shaja. Jika solat tidak cukup?

Coretan ini bukanlah untuk mengata sesiapa tetapi hanyalah sekadar mengingati antara satu sama lain dan bersama-sama lah kita cuba untuk menjadi insan yg hebat dari pandangan dunia dan juga pndangan akhirat

Readmore »»

Isnin, 15 November 2010

Jom Relax 1

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"


Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Readmore »»

Sabtu, 6 November 2010

Harimau, 2 buaye, 2 tikus dan lebah

Astagfirullahalazim.....Take a few minutes of your time...


UNTUK RENUNGAN BERSAMA ..

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'IN

Step 2:
Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..

Readmore »»

Jumaat, 29 Oktober 2010

aduhhh.. speed trap

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"



"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!