Translate

Website Translation

Selasa, 29 Mac 2011

Tips untuk orang tak hensem

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpan...annya ^^ DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER
2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak?? LIKE FATHER LIKE SON
3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh. THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN
4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan? NO GAIN WITHOUT PAIN
5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa JUST BE YOURSELF
6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu) THE TRUTH IS OUT THERE


7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE
8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem… LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem.. Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda…. Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile, percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)… Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem. maaf.. cuma bergurau.

Readmore »»

Sabtu, 19 Mac 2011

Teh Panas dan Teh Sejuk

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"


jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

Readmore »»

Sabtu, 5 Mac 2011

Soalan Sejarah SPM 2011 - Ramai yang akan GAGAL!

Malaysian history

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan dari Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Paray

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh



3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!