Translate

Website Translation

Selasa, 31 Mac 2009

MALAS KE SEKOLAH

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu : Salam! Salam! Bangun, nak! Pergi sekolah. Nanti kamu terlambat.

Salam : Alah mak...Salam tak mahu pergi sekolah!

Ibu : Apa! tak mahu pergi sekolah? Baik, Salam berikan mak dua sebab mengapa Salam tak mahu ke sekolah??

Salam : Semua murid-murid tak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salam!

Ibu : Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah.Cepat!Bangun sekarang!

Salam : Baiklah, sekarang mak pulak berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.



Ibu : Eh...eh...bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik.

Pertama...Salam dah berusia lima puluh tahun. Kedua, Salam tu kan PENGETUA SEKOLAH!!!!!!

Readmore »»

Sabtu, 21 Mac 2009

EKSYEN SIOT

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di Kuala Lumpur. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.

"Mr John, inilah menara Dayabumi. Dibuat dari marmar putih. Bila malam ia berkilauan. Kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya." Kata pemandu teksi dengan bangga.

"Ceh! Kalau di USA...bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja." Kata pelancong tadi dengan berlagaknya.

Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL, pelancong tadi dibawa ke Menara KL.

"Mr John, inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya." Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.



"Oh...kalau di USA..bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja." Kata pelancong tadi dengan berlagaknya lagi.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu, pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..

"Che Mat, berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu?" Kata pelancong tadi sambil menunjukkan ke arah KLCC.

"Apa?" Kata pemandu teksi tadi. "Mana bangunan?" Kata Pemandu itu lagi kehairanan.

"Itu..yang tinggi tu.." Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC.

"La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takde pulak bangunan ini. Bila pulak bangunan ini tumbuh...hish!..impossible." Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam lalu tersipu-sipu malu.

Readmore »»

Selasa, 10 Mac 2009

KENAPA KAMU DI SINI

Pensyarah : Hei, kamu yang berdiri di belakang! Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!

Lelaki : Maaf, saya tidak tahu..encik.

Pensyarah : Apa? Tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?

Lelaki : Maaf, saya tidak tahu juga, encik..



Pensyarah : Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?

Lelaki : Mahu memeriksa kabel lampu ini encik...Saya petugas TNB.

Readmore »»

EHWAN DENGAN 100 EKOR AYAM

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia telah ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok. Ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).

Pak Romee : Baik, tuan. Saya akan suruh anak buah saya menghantarnya ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee : Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini ye (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi).



Ehwan : Hantar ayam? Beres Tuan!

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi..malangnya, di pertengahan jalan, dia terjatuh dari motornya. Ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai pun datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa-apa malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara mereka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa.

Orang Yang Bertanya : Bang, abang tak apa-apa kan...? Kepalanya tak sakit kan?

Ehwan : Ha...ha...ha...!

Orang Yang Bertanya : Bang, kenapa bang?

Ehwan: Ha...ha...ha...dasar ayam-ayam bodoh. Mereka nak lari ke mana? Alamatnya kan ada pada aku...Hua..ha..ha..ha.....

Readmore »»

Jumaat, 6 Mac 2009

SUAMI TERBAIK

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut ...

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"



"Iye."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma RM 1500.00 aje..."

"O.K. Belilah. Kalau memang awak dah suka sangat."

"Ahhh..thanks bang, dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma RM 280,000 je..."

"O.K, tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. Cantik kan, bang??"

"Berapa harga yang mereka minta?"

"Cuma RM 740,000...O.K kan, bang? Dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover lagi harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM 700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang. Kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"

"Bye...I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap. Menutup flap handphone sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang berada dalam bilik tersebut,

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

Readmore »»
Related Posts with Thumbnails

Send e-mail to me now!!